pembuka bicara

Tuesday, April 12, 2011

resepi ikan siakap tiga rasa.....

hari nie mummy rasa nak mkn ikan siakap la......mula2 nak msk ikan siakap stim...tp malas la plak nak keluarkan periuk pengukus yg besar gedabak tu...so mummy putuskan untuk masak siakap tiga rasa je la....senang2 pun senang...cepat pun cepat....


****IKAN SIAKAP TIGA RASA****






~~bahan-bahan~~

1 ekor ikan siakap
3 sudu teh tepung jagung
garam
serbuk kunyit
minyak

~~bahan-bahan sos~~

1/4 biji nenas - dipotong dadu
1 biji tomato - dipotong dadu
1 biji bawang holand - dipotong dadu
3 biji bawang putih - dipotong dadu
4 biji cili padi - diketuk
1 batang serai - diketuk
2 sudu besar thai chilli paste
( kalau nak guna cili kering kisar pun boleh )
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos thai
1 sudu besar sos ikan
garam
gula
air
1 sudu teh tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
daun bawang

~~cara-cara~~

  • bersihkan ikan siakap dan letakkan dalam bekas...
  • lumurkan ikan siakap dengan garam dan serbuk kunyit
  • selepas itu lumurkan sedikit tepung jagung pada ikan supaya ikan akan lebih rangup bila digoreng.....
  • goreng ikan hingga kuning keemasan...
  • setelah itu angkat ikan dan ketepikan.
  • untuk sosnya....
  • panaskan sedikit minyak dlm kuali.....
  • tumis bawang holand , bawang putih , cili padi dan serai hingga naik bau......
  • selepas itu masukkn thai chilli paste dan kacau lagi
  • masukkan nenas dan kacau sebati....
  • bila nenas sudah agak masak...masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, sos ikan dan sos thai....kacau hingga sebati
  • masukkan sedikit air, gula dan garam secukup rasa dan biarkan ia mendidih seketika....
  • selepas itu masukkan tomato yang dipotong dadu tadi dan kacau seketika
  • akhir sekali masukkn bancuhan tepung jagung bagi memekatkan kuah tersebut.
  • kacau seketika dan sedia untuk dihidangkan....
  • taburkan sedikit daun bawang bagi menaikkn lagi bau harum ikan tiga rasa tersebut....
  • selamat menjamu selera....

2 comments:

  1. sedapnya siakap..kat sini tak tau la ada tak jual siakap...

    ReplyDelete
  2. kat sini ikan siakap yg paling murah...seekor besar nie mummy beli cuma rm6 je kat jusco...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

from me...

http://www.emocutez.com