pembuka bicara

Tuesday, April 30, 2013

kek coklat cheese kukus


BAHAN A

1 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat

CARA-CARA


  •  satukan semua bahan dalam bekas 
  •  masak secara double boiler sampai sebati kira2 10 minit and then sejukkan

BAHAN B

3 biji telur
1 sudu besar esen vanila

BAHAN C

1 cawan tepung naik sendiri

CARA-CARA


  • bahan B putar hingga kembang
  • masukkan bahan A kacau sebati
  • masukkan bahan C sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati
  •  panaskan pengukus....kukus 1/2 adunan separuh masak kemudian layerkan dgn lapisan cheese

BAHAN CHEESE

250gm cream cheese
60gm gula castor
25ml air
25gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar esen vanila


CARA-CARA


  • satukan semua bahan kecuali telur dan pukul hingga gebu
  • then masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati
  • tuang atas lapisan kek coklat td dan masak separuh masak
  • tuang lagi 1/2 adunan kek coklat tadi dan kukus lagi hingga masak or kira2 45 minit....kiranya mcm buat kuih lapis la....
  • dah masak ...sejukkan dan boleh la dipotong dan dihidangkan....tp kalau nak lg sedap boleh la letak ganache dan ditabur choc rice

BAHAN-BAHAN GANACHE

140gm coklat masakan
5 sudu besar full cream/ susu cair/fresh milk
1 sudu  besar susu pekat
1 sudu besar butter 

CARA-CARA


  • satukan semua bahan dan kacau sebati...guna kaedah double boiler
  • dah sebati boleh curah atas kek dan tabur choc rice....yummmy....
  • selamat mencuba

Monday, April 29, 2013

aiskrim vanila


BAHAN-BAHAN

2 cawan susu full cream
2 cawan coffee mate
2 sudu besar gula

CARA-CARA


  • blend semua bahan hingga berbuih
  • sejukkn dlm freezer 2-3 jam
  • blend sekali lagi supaya texture lebih halus
  • sejukkan sampai beku
  • dah beku boleh la dihidang...
  • untuk topping letak la syrup coklat...kismis...choc rice...choc chip...jem strawbery...or apa2 saja yg disukai..

Saturday, April 27, 2013

aliy...6 month

pejam celik... pejam celik ...aliy dah masuk 6 bulan....kejap je kan...alahai la..mcm baru smlm je mummy lahirkan aliy....emmmm.....

aliy dah makin bijak skang....mcm2 akal dia buat....cuma x lasak je lg....hehhehe...
tp yg paling mummy suka aliy suka betul tersenyum...tersengih....lg2 klau jumpa org yg dia kenal....sejuk je tgk muka dia...emmm...tetiba rasa mcm nak puji melambung anak sendiri...hahhaha....adoi la....

apa2 pun layan je la gambar2 aliy ni ye...mummy mcm blur je skang....x tau nak reka ayat apa...otak tepu je rasanya...huhuhu












Friday, April 26, 2013

happy belated birthday sayang....

disebabkan lama mummy  x update blog...so byk betul citer2 menarik yg terlepas pandang...tp citer yg satu ni mmg kena gak tulis sebab nanti  adik zara marah merajuk....hehehhe

untuk bucuk mummy yg sorang nie...5 Mac 2013...genap umur adik zara 3 tahun.....mummy doakan adik zara jadi anak yg solehah...membanggakan mummy and daddy...jadi anak yg berjaya dunia dan akhirat...aamiin

mummy...daddy....sis marsya...baby aliy sayang adik zara sangat2......





popia goreng nestum dan cheese


BAHAN- BAHAN

10 keping kulit popia
1 sudu kecil tepung - dibancuh dgn sedikit air (untuk lekatkan kulit popia)


CARA-CARA


  • gulung kulit popia dan lekatan dgn bancuhan tepung
  • selepas itu potong serong mengikut size yg uolss suka...
  • goreng popia sehingga kuning keemasan dan ketepikan.

BAHAN-BAHAN LAIN

2 sudu besar nestum
1 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung ( mummy guna susu tepung zara je..heheh)
1 sudu besar serbuk cheese -optional..klau xde pun xpe..
* ini sukatan untuk 10 keping kulit popia..klau byk so lebihkan sukatannya ye..lg byk bhn salutan nie..lg sodappp...hehehe...

CARA-CARA


  • blend kering semua bahan2 diatas....kemudian gaul dgn popia yg dah digoreng tadi...sebaiknya gaul ketika popia masih suam2...sebab senang salutan tu nak melekat....
  • siap...sedia untuk dingapp...
  • selamat mencuba

Thursday, April 25, 2013

puding roti




BAHAN-BAHAN

10gm serbuk agar2
2 sudu besar gula
3 cawan air
4 keping roti *
2 biji telur *
1 cawan susu pekat *
1 tin susu cair *
1 sudu kecil essen vanila *
2 sudu besar srbuk koko / 1/4 cawan milo
1 sudu besar pewarna merah or sirap or apa2 warna yg disukai


CARA-CARA


  • masukkn air, serbuk agar2 dan gula dalam periuk..masak sehingga mendidih
  • blend semua bahan yang bertanda ( * ) hingga halus dan sebati
  • tuang bahan yg diblend dlm larutan agar2 yg mendidih
  • kacau hingga larutan pekat..lebih kurang 10 minit...done..
  • boleh rasa...kalau kurang manis tambah susu...x perlu tambah gula...sebab rasa susu lg sedap and lemak..
  • bahagikan 3 bekas  
            - 1 bah  original color
            - 1 bah yg dicampur serbuk koko / milo
            - 1 bah yg dicampur pewarna merah / sirap

  • basahkan loyang ...letak loyang dlm kedudukan sebelah kanan or kiri tinggi sedikit...alas buku pun boleh..
  • senduk satu bah satu demi satu color hingga habis..alihkan buku....selepas tu amik sudu garfu...tarik dari atas ke bawah mengikut kretiviti uolss....jadi la ala2 beralun....mcm pic diatas tu pun boleh...
  • sejukkan dlm peti ais...dah keras boleh la dipotong dan dihidangkan...
  • selamat mencuba...

           
  













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

from me...

http://www.emocutez.com