BAHAN A
1 cawan gula
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
CARA-CARA
- satukan semua bahan dalam bekas
- masak secara double boiler sampai sebati kira2 10 minit and then sejukkan
BAHAN B
3 biji telur
1 sudu besar esen vanila
BAHAN C
1 cawan tepung naik sendiri
CARA-CARA
- bahan B putar hingga kembang
- masukkan bahan A kacau sebati
- masukkan bahan C sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati
- panaskan pengukus....kukus 1/2 adunan separuh masak kemudian layerkan dgn lapisan cheese
BAHAN CHEESE
250gm cream cheese
60gm gula castor
25ml air
25gm tepung gandum
1 biji telur
1 sudu besar esen vanila
CARA-CARA
- satukan semua bahan kecuali telur dan pukul hingga gebu
- then masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati
- tuang atas lapisan kek coklat td dan masak separuh masak
- tuang lagi 1/2 adunan kek coklat tadi dan kukus lagi hingga masak or kira2 45 minit....kiranya mcm buat kuih lapis la....
- dah masak ...sejukkan dan boleh la dipotong dan dihidangkan....tp kalau nak lg sedap boleh la letak ganache dan ditabur choc rice
BAHAN-BAHAN GANACHE
140gm coklat masakan
5 sudu besar full cream/ susu cair/fresh milk
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar butter
CARA-CARA
- satukan semua bahan dan kacau sebati...guna kaedah double boiler
- dah sebati boleh curah atas kek dan tabur choc rice....yummmy....
- selamat mencuba
No comments:
Post a Comment