pembuka bicara

Sunday, April 10, 2011

telur tulen vs telur tiruan.....

sejak akhir-akhir nie.....berita panas pasal telur tulen vs telur tiruan byk diperkatakan....kat paper la..kat dlm tv la....kat blog2 la....

mula-mula agak takut jugak dgr berita nie..maklum la....mengikut sumber2 yg diperolehi before nie...telur2 tiruan tu akan mendatangkan kemudaratan pada sistem badan manusia kalau kita memakannya....so agak seram jugak la disinikan....

kalau nak bezakan antara telur tiruan dgn telur tulen....telur tiruan bila kita pecahkan....telur kuning dgn telur putih akan terus bercampur and akan mengeluarkan buih....

tp hari nie mummy ada baca surat khabar utusan....telur tiruan nie tidak mendatangkan apa2 masalah pada sesiapa yg memakannya.....

Kementerian Kesihatan mengesahkan kandungan telur ayam tiruan yang diperoleh di Pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang baru-baru ini menyamai telur tulen.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persamaan seratus peratus kandungan protein telur ayam tersebut disahkan selepas bahan makanan itu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kelmarin.

Berikutan itu, kata beliau, pihaknya akan mengadakan pemeriksaan DNA kali kedua bersama Jabatan Kimia esok terhadap sampel berkenaan untuk menentukan tahap ketulenannya.

“Ujian DNA pertama mendapati telur ayam tersebut tiada mempunyai sebarang masalah kepada pengguna,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Kesihatan Sedunia peringkat kebangsaan di Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini hari ini

so pada sesiapa yg nak mengetahui lebih lanjut tentang berita ini boleh la layari laman web...www.utusan.com.my



1 comment:

  1. risau betul bila baca pasal telur tiruan ni..tapi..arini cik payung tetap gagah masak telur rebus...huwaaa..nak yg senang2 je masak..heheheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

from me...

http://www.emocutez.com