untuk hidangan kali nie mummy pilih gulai tempoyak ikan keli....sebab ikan nie je yg ada kat dlm fridge....hehheheh.....yummmy...menjilat jari ok......:)
****GULAI TEMPOYAK IKAN KELI****
~~bahan-bahan~~
3 ekor ikan keli- dipotong 3
(cuci ikan dgn air asam jawa + tepung supaya hanyir ikan hilang)
garam
serbuk kunyit
~~bahan-bahan lain~~
2 cawan santan pekat - dr sebiji kelapa
3 btg serai -dititik
2 inci kunyit hidup
10 biji cili padi ( ikut suka nak pedas or tidak)
2 camca besar tempoyak - ikut suka kalau nak pekat letak lebih pun x apa)
1 helai daun kunyit
garam
gula
~~cara-cara~~
- cuci ikan hingga bersih....perap ikan dgn garam dan serbuk kunyit...biarkan lebih kurang 15 minit.
- panggang ikan dlm kuali yg tak melekat...lg senang kalau guna grill pan.... masak hingga ikan agak garing sedikit.
- tumbuk cili padi dan kunyit hidup hingga lumat.
- kemudian masukkan tempoyak....gaul sebati dan ketepikan.
- dalam periuk masukkan santan , serai , daun kunyit dan bahan2 yg telah ditumbuk tadi.
- masak kuah hingga mendidih...( make sure guna api yg perlahan supaya tak pecah santan)
- kemudian masukkan ikan yg telah dipanggang
- masukkan garam dan gula secukup rasa...kacau perlahan2 lebih kurang 2 minit.
- sedia untuk dihidang
X pyh letak bawang ke mummy resepi ni ?? :)
ReplyDeleteDear...klau ikut original resepi mmg x yah letak bwg...selamat mencuba...
ReplyDelete