BAHAN-BAHAN
400gm tepung gandum
330ml air
1 biji telur
1 sudu besar serbuk kunyit
garam secukup rasa
acuan kuih
BAHAN-BAHAN
UNTUK INTI
180gm daging kisar
1 labu bawang besar - cincang dadu
2 ulas bawang putih -cincang dadu
2 sudu besar serbuk kari daging
garam and gula secukup rasa
minyak
*kalau nak rasa pedas lg boleh tambah serbuk cili
*kalau nak rasa lain sedikit boleh tambah sedikit rempah kurma
BAHAN-BAHAN LAIN
daun bawang - dihiris
cili merah - dicincang
CARA-CARA
UNTUK BUAT INTI
- panaskan minyak..tumis bawang merah and bawang putih hingga naik bau...masukkan serbuk kari dan tumis hingga garing..
- masukkan daging kisar dan masak sehingga daging empuk..tambah gula dan garam secukup rasa..biarkan daging sedikit kering dan ketepikan.
UNTUK MEMBUAT KUIH
- satukan tepung, serbuk kunyit,telur, garam dan air...pukul sebati..kalau nak senang blend pun boleh and then ketepikan.
- panaskan acuan dengan sedikit minyak. Gunakan api yg kecil. Ambil satu sudu adunan dan tuang dlm acuan.
- seterusnya letakkan satu sudu kecil daging ditengah2
- taburkan hirisan cili dan daun bawang. Biarkan kuih masak seketika
- ambila garfu cungkil bahagian tepi acuan...jika kuih mudah tertanggal bermakna kuih sudah masak
- kalau nak kuih cepat masak tutup acuan kuih dgn tudung periuk...so wap bahagian atas tu bg kuih msk sekata..
- sedia untuk dihidang....
kuih cara yg sedang dimasak... |
No comments:
Post a Comment