***STRAWBERRY CHEESE CAKE***
~~BAHAN-BAHAN~~
(UNTUK KEK SPAN VANILLA)
120gm gula kastor
10gm ovalette
4 biji telur
130gm tepung kek- diayak
1 sudu teh serbuk penaik - diayak
40gm air
60gm minyak masak / mentega cair
1 sudu ten essen vanilla
~~CARA-CARA~~
- griskan acauan kek ( letak marjerin disekeliling acauan bagi x melekat). kalau nak senang gunakan acuan yg boleh bukak tepi. kalau xde guna acuan biasa pun boleh. lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180°c.
- satukan gula kastor, ovalette, telur , tepung kek dan serbuk penaik dlm mangkuk pengadun. Pukul dengan kelajuan sederhana dan adun hingga sebati. Setelah sebati pukul dengan kelajuan tinggi hingga kembang selama 5 minit.
- Perlahankan kelajuan , masukkan air dan essen vanilla..pukul lg dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
- selepas itu masukkan minyak/ mentega cair..kacau hingga sebati.
- tuangkan adunan ke dalam acuan...bakar selama 45 minit.
- setelah masak telangkupkan agar ia tidak mendap. Selepas 5 minit terbalikkn semula dan keluarkan dr acuan...biarkan sejuk.
~~BAHAN-BAHAN~~
(UNTUK STRAWBERRY CHEESE)
1 biji kek span vanilla- dibelah dua (klau nak buat cara2 ada diatas tp klau nak beli lg senang...heheh)
250gm cream cheese philadelphia
200ml krim putar (dairy whipping cream)
80gm gula kastor
60gm air panas mendidih
13gm gelatin halal
jem strawberry
~~CARA-CARA~~
- griskan acuan bulat...better guna acuan kek yg boleh bukak tepi dia....lapik dengan plastik wrap.
- masukkan satu lapisan kek span ke dalam acuan dan ratakan dasarnya...
- pukul krim putar hingga kembang dan pekat. ketepikan
- pukul cream cheese dan gula kastor hingg kembang dan berkrim. masukkan krim putar tadi dan kacau hingga sebati
- serbuk gelatin dan air panas disatukan dah kacau hingga serbuk gelatin larut dan biarkan hingga sejuk.
- setelah sejuk masukkn ke dalam aduanan td. kacau hingga sebati.
- tuangkan adunan ini ke atas kek span tadi. simpan dlm peti sejuk selama 5-6 jam sebelum dipotong.
nie la rupanya kek yg dah disejukkn lebih kurang 5 jam....
letak jem strawberry pada bahagian atas...mummy campur sikit sos strawberry bg cair sikit...
bahagian tepi mummy letak chocolate rice je....
nak hias kek nie ikut la kreativiti uolls ye...mummy x kreatif..buat simple2 je...hehhe
- potong kek dan sedia untuk dihidang.......
nak !! ah terliur nya tengok ! haha
ReplyDeletefara.....klau nak kena dtg umah akak.....:)
ReplyDelete