pembuka bicara

Wednesday, September 21, 2011

resepi karipap rangup...

*** KARIPAP RANGUP***


~~BAHAN-BAHAN~~
(untuk doh karipap)

5 cawan tepung gandum
1/4 cawan butter / margerin/.minyak masak yg dipanaskan
2 biji telur
1 sudu vegetable shortening
air masak secukupnya

~BAHAN-BAHAN ~~
(untuk inti karipap)
1/2 kg keledek oren - dipotong dadu
3 sudu besar serbuk kari- dicampur dgn sedikit air
1 cawan air
garam
gula

~bahan-bahan kisar~~
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
100 gram ikan bilis - or ikut suka uolss la nak bape byk..lg byk lg sedap...



~~CARA-CARA~~
(untuk inti karipap)

  • panaskan sedikit minyak.....tumis bahan2 kisar hingga betul2 garing....
  • selepas itu masukkan rempah kari yg dah dicampur dgn sedikit air.....kacau hingga sebati dah rempah kari betul2 masak....
  • kemudian masukkan keledek dan air...perasakan dgn garam dan gula...biarkan sehingga keledek benar2 empuk....

  • setelah empuk.....angkat dan biarkan inti tersebut sejuk....






~~CARA-CARA~~
(untuk doh karipap)

  • masukkan tepung dlm bekas...
  • panaskan butter or margerin or minyak masak....panaskan hingga betul2 panas kemudian terus masukkan ke dlm bekas tepung tadi.
  • gaul hingga rata


  • kemudian masukkan telur dan gaul hingga sebati


  • masukkan vegetable shortening dan gaul lagi



  • akhir sekali masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat pada tangan.
  • uli doh sehingga betul2 licin kemudian biarkan lebih kurang 1/2 jam sebelum dicanai...

  • selepas lebih kurang 1/2 jam doh boleh la dicanai mengikut bentuk2 yg uolss suka....mummy guna acuan bulat or gelas je bg dpt bentuk bulat mcm nie....
  • selepas itu masukkan inti...kuantiti mengikut besar mana doh yg dah dibentuk tadi....


  • kemudian kelim karipap mengikut citarasa uolss...or lg senang guna je acuan karipap yg sedia ada dijual kat pasaraya....tp mummy suka kelim sendiri sebab tak mudah terbukak permukaannya itu....



  • tadaaaa...ini la sebahagian karipap yg dah siap.......sedia untuk digoreng ......

  • selepas itu gorang karipap menggunakan minyak yg byk..biar sampai tenggelam karipap tu...goreng hingga kuning keemasan.....angkat...dan sedia untuk dihidang.....

note:



ini la vegetable shortening yg merangupkan dan menggebukan karipap itu walaupun dah sejuk..karipap masih tetap rangup dan tak liat.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

from me...

http://www.emocutez.com