pembuka bicara

Tuesday, July 05, 2011

resepi ikan tengiri masak kicap

dah lama x masukkan resepi kat blog nie...maklum la mummy dah mula keje skang so x masak hari2 pun...masak ikut mood je...hehehe

yg nie masakan paling simple sebab nak cepat....daddy mkn lauk nie je ye hari nie.....hehhehe


***IKAN TENGIRI MASAK KICAP***


~~BAHAN-BAHAN~~

3 potong ikan tengiri
1 biji bawang besar - dimayang
2 biji bawang putih - dimayang
2 biji cili merah - dibelah tengah
1 inci halia- dimayang
2 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
kicap manis secukupnya
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu teh sos cili - (untuk memekatkan kuah)
* tak perlu tambah garam sebab kicap dah masin

~CARA-CARA~~

  • lumurkan ikan tengiri dgn garam dan serbuk kunyit...
  • goreng hingga kuning keemasan...angkat dan toskan
  • panaskan sedkit minyak....tumis bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis hingga naik bau....
  • selepas itu masukkan bawang besar. bwg putih, halia dan cili merah....tumis sehingga bwg layu sedikit...
  • setelah itu masukkan air asam jawa....kacau seketika
  • masukkan kicap dan sos cili...kacau sebentar
  • selepas itu masukkan ikan yg telah digoreng tadi....
  • kacau sehingga sebati.....
  • angkat dan sedia untuk dihidang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

from me...

http://www.emocutez.com