pembuka bicara

Monday, June 27, 2011

resepi cheeze choc....

1st time mummy buat cheese cake nie....tiba2 rasa teruja nak buat kek sempena father's day hari tu.....alhamdulillah menjadi jugak walaupun rupa bentuknya xde la secantik mana tp rasa tu ada la.....heheheheh....


***CHEEZE CHOC***



~~BAHAN-BAHAN UNTUK KEK SPAN~~
(LAPISAN BAWAH)

200 gram tepung kek
200 gram gula kastor
110 gram mentega cair / minyak msk
100 gram air
40 gram serbuk koko
20 gram ovalette
6 biji telur
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emulco coklat

~~CARA-CARA~~

  • griskan(sapukan mentega) pada acuan bulat berukuran 9". Lapik dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180°c.
  • Satukan gula kastor, ovellette,tepung kek,serbuk penaik dan telur dlm mangkuk adunan. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dlm kelajuan tinggi.
  • Perlahankan kelajuan dan masukkan air, emulco coklat dan serbuk koko. pukul lagi selama 5 minit.
  • tuangkan mentega cair / minyak msk dan gaul hingga sebati
  • tuangkan adunan ke dlm acuan.
  • bakar selama 45 minit.
* ps : klau rasa malas nak buat kek span nie...beli je la kek span kat mana2 kedai...just buat bahagian cheese je.....senang skit keje...hehhehehe

~~BAHAN-BAHAN UNTUK CHEESE~~

250 gram cream cheese ( mummy guna philadelphia)
80 gram gula kastor
100 gram coklat masakan - dicairkan guna cara double boiler
250 gram krim putar (dairy whipping cream)
50 gram air
15 gram gelatin - cr yg halal ok

~~CARA-CARA~~

  • krim putar dipukul hingga kembang dan gebu kemudian simpan dlm peti sejuk.
  • pukul cream cheese dan gula kastor hingga berkrim
  • masukkan krim putar dan coklat masakan yg telah dicairkan. pukul hingga sebati
  • gelatin dicampurkan dengan air dan panaskan secara double boiler hingga cair dan hancur.
  • tuangkan gelatin ke dalam adunan cheese td dan pukul hingga sebati.
  • kek span coklat dihiris dua. masukkan satu bahagian ke dlm acuan springform (acuan yg boleh dibuka bahagian tepi/ bwh)
  • tuangkan adunan cheese td.
  • masukkan dlm peti ais lebih kurang 4 jam.
  • setelah itu boleh la dihias mengikut citarasa or kreativiti korang ye....
  • sedia untuk dihidang


nie kek yg dah disimpan dlm fridge selama 4 jam...



hias la dgn apa2 jua hiasan mengikut kreativiti korang ye.....
mummy just tabur serbuk koko bahagian atas and coklat rice bahagian tepi......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

from me...

http://www.emocutez.com