pembuka bicara

Monday, April 25, 2011

resepi seri muka in d' house.......

resepi nie mummy dapat dr kakak ipar mummy a.k.a mak long.......terima kasih akak..walaupun first time buat tp hasilnya mmg sedap......hehhehe...



***SERI MUKA****




~~~BAHAN-BAHAN~~

~~untuk bahagian bawah~~

1 ½ cawan beras pulut

2 ½ cawan santan

secubit garam

~~untuk bahagian atas~~

5 biji telur

1 cawan tepung ubi

1 cawan santan

1 cawan gula

1 cawan air pandan ( blend daun pandan dengan air)

sedikit pewarna hijau


~~~CARA-CARA~~~

~~bahagian bawah~~

  • beras pulut dibasuh dan direndam lebih kurang 2-3 jam dan ditoskan..( pulut direndam supaya ia cepat kembang dan proses msk tidak terlalu lama)
  • masukkan pulut ke dalam loyang..
  • kemudian masukkan santan dan garam
  • kukus selama 20 minit atau sehingga pulut masak....
~~bahagian atas~~
  • satukan telur dan gula dalam bekas....kacau sebati
  • masukkan santan dan air pandan ..kacau lagi
  • kemudian masukkan tepung ubi dan kacau sebati...
  • masukkan sedikit pewarna hijau bagi color lebih menarik lagi...kacau lg...
  • tapis adunan tersebut dan ketepikan...

  • tekan pulut yg telah dikukus td sehingga padat...
  • kukus lagi lebih kurang 5 minit...
  • tuang bahagian atas dan kukus lebih kurang 20 minit ataupun sehingga masak....kukus dgn api yg perlahan supaya bahagian atas licin dan tidak gelembung...
  • setelah msk biarkn seri muka sejuk dahulu barulah boleh dipotong...
  • selamat mencuba...








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

from me...

http://www.emocutez.com