pembuka bicara

Sunday, April 03, 2011

resepi spaghetti bolognese........

resepi yang paling mudah, cepat dan sedap....masakan yang paling digemari oleh family mummy......terutamanya kakak marsya......


****SPAGHETTI BOLOGNESE****



~~bahan-bahan~~

sebungkus spaghetti - brand apa2 pun x pe...
sedikit minyak msk
sedikit garam
air secukupnya untuk merebus spaghetti

~~bahan-bahan kuah~~

10 keping ayam fillet - dipotong2 kecil or dicincang2
( kalau nak gunakan ayam or daging cincang yg sedia ada pun boleh jugak)
1 tin sos prego- 300g
2 sudu besar sos tomato
1 biji bwg besar holand - dipotong dadu
3 biji bawang putih - dipotong dadu
2 biji tomoto- dipotong dadu
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam
sedikit minyak masak
2 cawan air

* kalau nak letak cendawan dalam tin pun boleh jugak


~~cara-cara~~

  • rebus air dalam periuk hingga mendidih
  • setelah air mendidih masukkan spaghetti...rebus hingga spaghetti lembut
  • kemudian masukkan sedikit minyak masak dan garam supaya spaghetti tidak melekat.
  • setelah lembut toskan spaghetti dan alirkan dengan air sejuk supaya spaghetti x kembang
  • kemudian ketepikan.
~~untuk kuahnya~~
  • panaskan minyak...tumis bwg besar dan bawang putih hingga kekuningan
  • masukkan ayam dan kacau hingga masak....
  • masukkan tomato dan kacau sehingga tomato agak layu....
  • selepas itu masukkan sos tomato dan serbuk lada hitam....kacau hingga sebati
  • akhir sekali masukkan sos prego, garam dan air.....kacau seketika (make sure kuah tidak terlalu pekat or terlalu cair.....yg sedang2 saja ye.....)
  • kemudian angkat....
  • letakkan sedikit spaghetti dalam pinggan dan tuangkan kuahnya....
  • sedia untuk dihidang....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

from me...

http://www.emocutez.com