pembuka bicara

Wednesday, January 05, 2011

resepi daging dendeng 4 today......


resepi yg ingin mummy kongsi 4 today is daging dendeng......daging nie mmg la hidangan kesukaan mummy sebab ia tahan lama....buat hari nie...esok leh mkn..lusa leh mkn lg..tulat pn leh mkn lg...tu yg bestnya daging dendeng nie...kiranya klau mummy mls nak msk lauk byk2...lauk nie pn leh ulang hidangan setiap hari....heheh..selain menjimatkan wang..menjimatkan masa mummy dok dapur gak...aduhai malasnya mummy nie...

so pada sapa2 yg nak rasa kesedapan daging nie leh la cuba ya....selain leh mkn ngan nasi..leh gak mkn ngan nasi impit or ketupat palas or lemang....emm...yummy...

apa tunggu lagi salin la resepi daging dendeng nie sure menjadi....hehehhe...


****DAGING DENDENG****




~~bahan-bahan~~

1 kg daging
( direbus hingga empuk lepas itu dipotong nipis2 dan diperap ngan kicap manis semalaman)

~~bahan-bahan kisar~~

10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis

bahan-bahan lain

garam
gula melaka / gula biasa
air asam jawa - sedikt sahaja

~~cara-cara~~
  • Panaskan minyak. Kemudian goreng daging yg sudah diperap hingga garing. selepas diangkat dan disejukkan seketika tumbuk daging bg dia hancur sedikit...
  • Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg telah dikisar sehingga garing.
  • Kemudian masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  • Bila kuah agak pekat, masukkan daging dan kacau sebati.
  • Biarkan dlm keadaan api perlahan seketika supaya daging lebih tahan lama.
  • Kemudian angkat dan sedia utk dihidangkan.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

from me...

http://www.emocutez.com